Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Penyanyi Dan Pelakon " Adibah Noor " Meninggal Dunia Malam Tadi - Alfatihah

Pelakon, Adibah Noor disahkan meninggal dunia sekitar jam 8.15 minit malam tadi di Hospital Gleaneagles, Kuala Lumpur.

Berita sedih itu dikongsikan oleh rakan artis yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal iaitu Datin Emylia Rosnaida menerusi laman Instagramnya sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut, doa dan kiriman bacaan al-Fatihah dititip supaya roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Meninggal dunia akibat kanser ovari tahap 4

Memetik laporan mStar, dia mendapat tahu mengenai berita pemergiaan selebriti itu daripada isteri Datuk Zainal Abidin.

“Ya, memang betul Adibah Noor sudah meninggal di hospital. Saya dapat maklumat daripada isteri Datuk Zainal Abidin.

“Sebab kami sama-sama rapat dengan arwah,”ujarnya.

Meskipun enggan mengulas lanjut mengenai punca kematian selebriti itu, salah seorang bekas wartawan Melodi, Zuan Azmi menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan arwah meninggal akibat menderita penyakit kanser ovari tahap empat.

Apa-apapun salam takziah buat keluarga allahyarhamah dan al-Fatihah buat Adibah Noor Mohd Omar.

Sumber: Instagram @emyliadac, Facebook Zuan Azmi