Tahniah!!Baru sahaja bergelar isteri yg sah 8.35 pagi ini, Janna Nick ada katakn sesuatu..
Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann yang kini telah pun sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz, kira-kira pukul 8.35 pagi.
Pernikahan pasangan ini yang diadakan di masjid Aisyah di Langkawi itu sekaligus menjawab segala teka-teki mengenai hubungan mereka.
Difahamkan, Janna dan Dini dinikahkan oleh Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman Yahya, berwalikan bapa kepada aktres itu dan bersaksikan sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri serta Amar Fikri.
Dalam majlis yang mendapat sentuhan rekaan The Calla itu menyaksikan Janna menerima mas kahwin RM2703 iaitu simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019.Majlis tersebut turut dihadiri oleh ahli keluarga, rakan selebriti dansahabat karib pasangan tersebut.
Pasangan ini seterusnya diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang berlangsung di sebuah resort terkemuka di Langkawi.
Sebelum itu, majlis doa selamat dan bacaan yassin yang bertemakan serba putih itu telah berlangsung malam tadi, dimana ia dihadiri penceramah,Ustaz Wadi Annuar dan rakan-rakan artis serta ahli keluarga kedua-dua belah mempelai.
Pada sekitar Februari lalu, Dini memaklumkan bakal mengumumkan satu berita besar berkaitan hal peribadi yang turut berkait rapat dengan Janna dalam masa terdekat.
Malah, sebelum ini juga terdapat khabar angin mendakwa pasangan itu bakal bernikah di Langkawi pada 10 Jun dan memilih resort mewah di Pantai Cenang, Langkawi sebagai lokasi hari bahagia mereka.